Alhamdulillah berkesempatan tengok wayang Didi & Friends sempena Hari Jadi anak Fafa yang ke 3 tahun 😉

Wowww dua hari lepas dah kutip RM 7 Juta! Tahniah team krew dan produksi yang menjayakan movie terbaik ni!.
Memang cerita kegemaran anak-anak kan. Ibu ayah pon gembira dapat ceriakan anak-anak.
Movie ni mula ditayangkan pada 23 Februari 2023 iaitu dua hari sebelum hari jadi anak fafa. So kiteorang decide tengok movie ni lambat sikit.
Overall memang menarik sangat. Sampai anak Fafa melompat-lompat tengok movie ni. Berjoget-joget happy bila scene nyanyian muncul.
Pada awal nya kami betul-betul marah pada watak Tora yang kejam tu, kesian beberapa buah kampung yang musnah akibat kerakusan Tora.
Tapi bila sampai part akhir, baru lah kami faham kenapa Tora bertindak sedemikian. Tora seorang ayah yang mementingkan anaknya. Kami pon sedih bila tahu anak Tora menderita kesakitan.
Lagi satu, watak Didi. Macam biasa lah kalau Didi ni kalau tak buat masalah tu bukan dia lah hehe. Tapi Didi berjaya selesaikan misi untuk tebus balik kesilapan dia dengan baik.
Dan yang paling anak fafa suka. Watak Capt. Zee.. Mula-mula tak sangka lah empunya suara tu tu ialah Amilia Henderson. Sampai sekarang ye anak Fafa duk puji capt zee yang comel dan cantik tu. Cantik macam pemilik suara sebenar.
Watak Tok Chip.. memang dah sangka! Dato Awie sebab tagline tu hehehe.. Ini Semua Poyo! Hehe tapi kelakar betul Tok chip dalam movie ni. Habis semua nama yang di sebut salah, sebab tok chip ni pelupa hahahhaa
Watak Pak Beruang. Comelllllll… part suara bertukar tu terus anak fafa tergelak tau! Then sampai habis wayang pon dia acah2 buat suara macam pak beruang tu.. buat lakonan semula.
Korang patot terjah tengok kat wayang berdekatan tau.. berbaloi tengok, bawak anak-anak.
Sampai sekarang anak Fafa tak habis saying Thank you Ibu Ayah bawak tgk Didi & Friends the movie haritu.. 😉 touchingg ibu dibuat nya. Asalkan awak happy sayang.
Rate yang fafa boleh bagi 9/10
Tengok banyak kali pon tak bosan
So apa lagi. Tempah tiket korang segera. Moment bahagia macam ni lah dah cukup untuk anak anak rasa gembira