Jadikan Halal Pilihan Utama Anda- Halal Develpment Corperation Berhad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Harini Fa nak kongsikan satu kempen yang sangat menarik iaitu kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda.

Sudah semestinyakan kita sebagai umat Islam mencari barangan halal untuk keperluan harian kita dari segi permakanan. Kalau shopping pon memamg logo halal yang Fafa akan tengok dulu. Tapi sekarang pemasaran produk halal juga dah semakin banyak di pasaraya.

Kempen ini adalah anjuran Halal Development Corperation Berhad (HDC) yang berlangsung selama 3 bulan, bermula 22 April Sehingga 22 Julai 2022. So korang masih sempat lagi untuk dapatkan tawaran dan diskaun hebat sempena kempen ni tau.

Hampir 500 usahawan dari Sektor Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) yang turut serta dalam menjayakan kempen ini. Kempen ini adalah dibawah inisiatif Bajet 2022 yang mendapat kerjasama dari pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Haritu sempat lah Fafa ke Lulu Hypermarket untuk terjah promosi dan melihat sendiri barangan halal yang dibawa masuk oleh HDC. Seronok sangat sebenarnya sebab ada macam-macam barangan keperluan makanan harian seperti mee, kicap, sos, rempah ready to cook, kek, kopi, teh, makanan sejuk beku, dan banyak lagi. Memang rambang mata nak pilih.

Matlamat utama adalah untuk menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022 (semasa kempen berlangsung).

Ia terbahagi kepada dua kagetori:

1- Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar dimana pihak HDC telah melantik Lulu Hypermarket dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai rakan strategik untuk mempromosikan kempen ini di setiap cawangan mereka.

2- Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, yang melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang telah bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Kebanyakan produk PMKS berada di rak hadapan supaya pembeli mudah untuk mendapatkan produk dari kempen ini

Jom ramai ramai kita sokong barangan keluaran PMKS ini. Dan sudah semestinya ia HALAL dan BERSIH.

Moga dengan usaha sebegini dapat meningkatkan lebih banyak lagi pengeluaran barangan dan produk PMKS sehingga berjaya menjadi pengeksport produk halal terbesar di Dunia. InsyaAllah.

14 Comments Add yours

  1. aerillhassan says:

    Alhamdulillah. Inisiatif terbaik untuk martabatkan makanan halal dan produk halal buatan Malaysia. 🙂

    Like

  2. mahamahu says:

    Kita pun senang nak cari yg halal dan juga selamat… Patut lama dah ada kempen ni negara kita pengiktiraf halal dunia ni ..

    Like

  3. This is a good initiative and hope to see more Halal products in the market

    Like

  4. Bagusnya kempen seperti ini!! mencari yang halal tue dan semestinya menjadi tanggungjawab kita kan.. moga banyak lagi kempen seperti ini dijalankan..

    Like

  5. Ruby.My says:

    Bagus bila ada Halal section dekat supermarket. Boleh support produk dan kita pun tau company apa yang ada HALAL JAKIM / Antarabangsa. Sekarang kalau ke mall dengan anak-anak, dah start bercerita berkenaan Halal. Terus akak bercerita proses-proses utk dpt sijil halal. Hehehhe.

    Like

  6. Thanks for sharing more about this good cooperation on halal products, learnt it now

    Like

  7. Bagus la ada campaign macam ni.. Nell pun start to consume product with Halal as a better choice kan…

    Like

  8. selalu pilih yg halal dlm kehidupan.. br lah berkat hehe

    Like

  9. Sis Lin says:

    Bagusnya ada kempen macam ni dan satu kedai penuh dengan produk halal, so beli tanpa was-was..

    Like

  10. Rane Chin says:

    I support this campaign too. nice to buy HALAL food as gift to friends and family juga

    Like

  11. Tiara Sapphire says:

    bila ada logo halal baru rasa senang hati nak shoping. banyak pilihan produk menarik dijual kat sini. bestnya shopping 🙂

    Like

  12. Rawlins shopping kat Lulu last weekend. Of coz cari yang halal sebab banyak pilihan dan support local products kan

    Like

  13. Yay!!!!!! Choosing halal food or products is super important. This is good cooperation. Thank you for sharing.

    Like

  14. Ezna says:

    Memang halal ni dah lama dah jadikan pilihan utama. Sebab nanti dia jadi darah daging kita kan?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s