Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.


Bukan itu sahaja, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya juga dijangkiti COVID-19.


Dan yang sangat menyedihkan Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Richworks komited bantu usahawan dengan program percuma

Richworks mahu fokus untuk memberi sokongan kepada rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

Program percuma yang diadakan sangat mendapat sambutan dan dihadiri ribuan orang.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.


Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Wanita Bangkit Berniaga usaha Richworks mendapat perhatian dalam Dewan Rakyat



Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Richworks telah membuka peluang ini untuk membuka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Kempen #RichWellBantu



Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Walaupun Richworks juga terkesan dengan banjir, namun semangat membantu Richworks sentiasa diteruskan.


“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.


“Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan Richworks dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,” ujarnya.

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.


Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Bermulanya langkah untuk menjadi usahawan JUTAWAN

Dari dahulu sehingga sekarang, Richworks sememangnya menjadi sebutan, menjadi bualan dengan hasilnya setiap tahun.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Mungkin ada yang masih tidak mengenali apa itu Richworks ni

Richworks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.


Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks adalah menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Video perjalanan Richworks untuk tahun 2021

https://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI&t=1s

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai program-program Richworks ni korang kene sentiasa tengok update kat website Richworks.

Jom kita mulakan langkah kita juga untuk menjadi usahawan berjaya dan mendapat pulangan yang lumayan. Gali ilmu perniagaan sebanyak mungkin, adanya ilmu pasti berjaya.

Doakan fafa juga dapat menjadi peserta dalam program Richworks ni jugak. Dah lama simpan cita-cita ni.

14 Comments Add yours

  1. airah says:

    suka sangat program yang membantu usahawan kecil macam ni sebab usahawan kecil biasa limited kewangan nak pergi kelas besar besar ni

    Like

  2. Thanks for sharing this inspiring Malaysian entrepreneur & his efforts to contribute. Cheers Siennylovesdrawing

    Like

  3. Nina Mirza says:

    TAHNIAH Richworks! Semangat membara terus memberi bantuan pada yang memerlukan. Bangkit bantu bangsa usahawan

    Like

  4. Rane Chin says:

    good job to Richworks , really great! Pls keep up the good work

    Like

  5. Halimah says:

    Terbaik Richworks dpt membantu para usahawan dan juga memberi sumbangan kpd mangsa banjir

    Like

  6. Nik Khazami Nik aziz says:

    mangsa banjir rugi dan kehilangan ribuan ringgit. susah nak bangkit balik. mujur ada yg sudi membantu

    Like

  7. Sis Lin says:

    Tahniah buat Rickworks atas bantuan mereka kepada yang memerlukan.. bukans enang nak bangkit semula setelah jatuh kann..

    Like

  8. Marina says:

    Terbaik Richworks. Selain membantu usahawan untuk bangkit, Richworks pon bantu mangsa banjir. Semoga dapat teruskan usaha ini

    Like

  9. Bella Jamal says:

    Bagus usaha Richworks bantu netizen selain usahan bawah depa. Ramai yang dah bjaya dari sekecil2 biznes. Kudos to Richworks!

    Like

  10. LEE JIA SHIN says:

    Richworks initiative is really good, I’m sure many people out there needs help and hopefully him tips can help those in need to rebuild themselves.

    Like

  11. bagus apa yg diusahakan oleh richworks membantu mangsa banjir dan juga meniupkan semangat usahawan untuk bangkit berniaga

    Like

  12. This is a good program by Rich Works. I should check it out. Thank you for sharing.

    Like

  13. Rawlins GLAM says:

    Bagus jika belajar pada yang mempunyai kredibiliti dan telah terbukti kejayaannya seperti Richworks nie. Dan bagus gak sebab mereka turut menyumbang membantu yang memerlukan.

    Like

  14. Ezna Ahmad Khalili says:

    Umum sedia maklum bila Richwork buat seminar je mesti ramai yang attend. Bagus la Richworks ni komited bantu usahawan untuk bangkit semula. Bukan senang kan….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s