Scammer Cukai LHDN

Assalamualaikum semua

Wahhhh dah berani berani lagi Macau scam buat keje kan. Dah lama sunyi pasal ni tetiba naik pulak isu..

Harini fa baru dapat call dari scammer cukai lhdn ni. Buat keje nak duit haram tak kira masa kan? Harini SABTU. Kalau betul dari jabatan kerajaan takde nye nak keje weekend semata mata nak call untuk bayar cukai tau.

Ni no scammer tu. Mostly scammers akan call guna number personal macam ni. Dan alan keluar suara rekod dari sistem yang mengatakan anda ada cukai tertunggak dan korang kene tekan no 9 untuk bercakap dengan pegawai.

Tapi siapa yang dapat call ni yang cuak comfirm akan gelabah la kan. Tetibe ade cukai tak bayar pulak. Macam faa, faa housewife so fa yakin kat situ ni keje keje mereka yang makan duit harommmmm…

So faa bercakap dengan pegawai. Dah sembang pasal cukai sikit. Pastu dia mintak no ic untuk buat semakan. Faa sembur terus cakap ” u ni scammer ke” then dia jawab. Saya mintak no ic puan bukan no akaun bank puan.

Halahhh halahh halahhh dia pusing kot tu.. eh no bank orang x kisah pon cik kak. Data no ic tu penting haaa.

Lepas tu i terus cakap kat dia, i boleh buat semakan sendiri. No need ur help. Tetttt

Ingat ye korang kalau berkaitan pegawai kerajaan atau apa2 pon dia akan mintak 4 digit belakang je. Xde nak mintak full no ic.

Baru baru ni tular seorang misi dah kene 94k lesap. Gara gara scam ni.

Aduhai cik misi, RM94,000 lesap…’
Mohd Khidir Zakaria
Harian Metro
Jun 8, 2021

Port Dickson: Seorang jururawat mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.

“Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.

Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.

“Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai panggilan memaklumkan mereka sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan.

Selain itu, mereka diminta tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Ni korang patot tahu

LHDN hanya hantar surat dan email sahaja untuk memaklumkan tunggakan atau semakan. Takde pegawai mereka nak call lagi lagi guna no personal.

No ic biasanya semakan dorang amek 4 digit belakang. Takde nak amek dari no depan ic

Hadam infografik bernama tu ye.

Semoga kita terselamat dari perkara xbaik ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s