He Or She Dental Care Sippy Cup Bagus!

Assalamualaikum and Hi 😀

Mesti ibu-ibu pening kepala kalau mencari barangan anak anak kan? Kita pun mestilah akan mencari barangan yang berkualiti dan terbaik untuk anak.

Bila waktu terbaik untuk kenalkan anak dengan sippy cup???

Yang ni Fafa ajar start dari umur anak 6 bulan. Sebab, anak bila dah start makan, kita pon kene start bagi air masak untuk dorang mudah lawaskan pencernaan perut.

Alhamdulillah memang anak Fafa terus pandai sedut guna sippy cup. Pada awalnya Fafa just guna sippy cup biasa je beli di Mr.DIY.

Tapi bila lama kelamaan, tengok botol sippy cup tu tak dapat halang makanan untuk masuk ke dalam botol. Jadi nya botol anak cepat berkeladak dengan sisa makanan.

Sejak dari tu, Baby Raudhah dah ade He or She Sippy Cup Dental Care. Alhamdulillahh bagus sangat. Segala sisa makanan tak masuk pon dalam botol. Bestt gilaaaaa..

Ohh lupa nak bagitahu, Baby Raudhah ni ex prem tau, hanya ibu ibu prem sahaja tahu camna susahnya nak dapatkan puting botol susu yang lembut dan sesuai diguna. Macam Faa, dulu Baby Raudhah hanya guna puting botol dari hospital sahaja. Lama jugak lah guna, sebab nya puting tu lhaas untuk baby prem dan disarankan doc.

Haaa bayangkan, bertapaa susah nya nak jumpa puting yang sama macam hospital provide lagipun puting tu bukan made in Malaysia. Dan lagi satu, baby prem ni seboleh-bolehnya jaga betul-betul. Bakteria pada botol susu pon kene hati-hati.

Tapi alhamdulillah He or She Baby punya sippy cup ada silicon lembut sangat untuk puting botol tu. Dan lagi satu silicon tu pulak diperbuat dari high polimer dan anti bakteria.. Masa tu Faa sangat happy! Fa sangat rekemen pada ibu2 yang ada anak premature gunakan produk ni.

Dan apa yang Fa suka pasal produk ni, semestinya ‘Dental Care’ ni memang unik dan tak ada pada sippy cup jenama lain. Haaaa gitchewww..

Dental care sippy cup adalah satu botol air seperti training cup , sesuai guna dari bayi berusia 6bulan untuk belajar cara sedut melalui mulut dan untuk mengelakkan terbantut gigi dan rahang bayi.

Ok korang boleh baca kelebihan botol ni kat bawah:

Dental care sippy cup ⤵️
♦️Bahan antibakteria polimer
♦️Menghambat pertumbuhan bakteria
♦️Mencegah lekatan bakteria
♦️Mencegah acuan dan mengelakkan bintik hitam
♦️Reka bentuk kalis air
♦️Reka bentuk air anti-tersedak
♦️Reka bentuk anti-aliran balik Jerami berputar
♦️360 darjah boleh meminum air pada sudut apa pun
♦️Lindungi mulut gusi untuk mengelakkan gigi yang diperoleh


Blue or Pink 😀
Ni pon sangat bagus sebab muncung tiub tu mudah untuk anak sedut sampai ketitisan akhir air dalam botol tu hehehe

Kalau untuk produk He or She baby ni sebenarnye bukan ada Sippy Cup aje ye. Macam macam dah ada. Ni haaa promosi raya special deal tauuuuu.. cepat cepat grabbb

Ni sesuai untuk anak yang baru nak tumbuh gigi atau gusi.
Macam biasa lah ade dua warna untuk He or She 😀
Apa yang pelik kat sini? Haaa sudu dan garfu set bekas makanan ni boleh bend tau.. menarik betul..

Nak tengok Baby Raudhah guna tak? Tadaaaa

Sejak ada sippy cup baru ni, memang Baby Raudhah senang nak minum air masak. Kejap kejap dia sedut air. Legaaaaaaa ibu tauuu. Tak payah nak paksa minum pun. Hee

Untuk maklumat lagi details pasal produk ni korang boleh terus ke :

Website : heorshemy.com

Facebook : He Or She Baby Malaysia

Instagram : He or She Malaysia

16 Comments Add yours

  1. Syafiera says:

    haaaa ni kalau anak masih kecil ni ku grab satu botol botol gini… comel betol rekaannnya.. nampak secured dari leakage some more… hahaaaa

    Like

  2. khai artzfar says:

    wow bagusnya produk ni. btw ni first time khai masuk blog cik fafa.unik template nya. salam perkenalan!

    Like

  3. Swee Guan Tan says:

    wowo….this is a nice kid product ensure healthy dental care of kids. thanks for sharing about this Fafa. cheers, siennylovesdrawing

    Like

  4. Marina says:

    Bolehlah suggest kat kawan2 yang ada baby. Marina takde baby dah. Menarik botolnye.

    Like

  5. Jamar Bahar says:

    Owh sippy cup ke namanya ni. Baby kami skang ni pun baru masuk 6 bulan. Memang elok sgt ada bendalah ni

    Like

  6. Jia Shin Lee says:

    Best nye zippy cup ni tapi anak dah besar if not Jia sure try sbb mmg convinient.

    Like

  7. Yanty Lee says:

    Walaupun belum ada anak, somehow this is something good knowledge for the future Insha-Allah

    Like

  8. Sis Lin says:

    Alololo comel laa plak puting diaa tu..lama takde anak kecik, tengopk barangan baby gerammm kitaa..

    Like

  9. Anak Mar pernah guna botol susu He or She ni memang elok dan anak pun suka.

    Like

  10. nampak pun bagus dan menarik..design dia cantek..boleh beli untuk kasi anak buah ni heheh

    Like

  11. Ruby.My says:

    Alololo comel betul tengok baby dah bleh belajar minum sendiri ni. Sambil minum tu gatal gusu nak tumbuh gigi bleh gigit muncung saluran air kan. Syokkkk tengok perkembangan baby. Rindu pula nak ada anak kecil hahaha.

    Like

  12. Encik Mus says:

    bayi pramatang memang special.. saya pernah mengalaminya,, produk ni nampak menarik dengan promosinya..

    Like

  13. Wow………this is a good product for babies. Should roger my friends who have small babies about this cup. Thank you for sharing your review with me.

    Like

  14. Bae Roslan says:

    bestnya sippy cup ni, dah la design cantik-cantik. dah bookmark nanti si kecil ni dah keluar boleh la beli hehe

    Like

  15. Rawlins Glam says:

    Cantiknya la design botol nie. Rawlins dah takde saudara mara atau anak saudara yang kecil. Eh. Nak bagi hadiah kat my friends la sebab dia ada baby.

    Like

  16. Ezna says:

    Bagus la sippy cup ni untuk baby yang dah boleh minum sendiri. Dulu anak sis masa kecik bagi cup ni dia tak berkenan. Cari yang botol susu jugak.

    Like

Leave a reply to Fadima Mooneira Cancel reply