Bubur Candil Buah Naga

Assalamualaikum semua,

Kali ni Fafa nak share satu resepi mudah, ringkas dan cepat. Syukur kita dapat merasai bulan Ramadan yang mulia ini. Tapi dengan suasana yang berbeza la kan.. Musim PKP .. Lain la sikit feeling dia.

Dah alang alang bazar ramadan pon takde. Kali ni Fafa nak buat sendiri pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa.

Bukak peti ais ade buah naga merah. Maka jadilah bubur untuk hari ni.

Jom kita tengok apa bahan yang Fafa gunakan.

Bubur Candil Buah Naga

⏺Bahan doh:

🌸 1 biji buah dragon fruit merah
🌸 7-8 sudu besar tepung pulut

⏺Bahan kuah santan:

🌸 1 kotak kecil Santan Ayam Brand Malaysia
🌸 2 helai daun pandan
🌸 garam secubit
🌸 gula secukup rasa

Cara-cara:

✔ Lenyekkan buah naga bersama tepung pulut. Kalau masih lembik tambahkan lagi tepung sehingga menjadi doh yang sempurna. Gentel bulat-bulat.

✔ Didihkan air, masukkan doh kedalam periuk. Tips: kalau dah masak doh akan terapung. Angkat dan letak di bekas lain

✔ Untuk kuah santan, masukkan santan, daun pandan, gula secukup rasa dan secubit garam. Didihkan dengan api sederhana kecil. Bila dah mula mendidih, tutup api. Ketepikan.

✔Lepas da siap semua, masukkan doh yang dah siap masak ke dalam periuk yang mengandungi santan. Buka api semula dan masak sekejap.

Selamat mencuba resepi bubur candil buah naga ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s