SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo

Assalamualaikum semua,

SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo rumusan terbaru dari Safi Malaysia untuk memenuhi kehendak penggunanya.

Bab botanical ni memang jadi keutamaan Fa dalam pemilihan produk. Shampoo baru keluaran Safi kali ni diformulasikan dengan 100% bahan botanical aktif & tiada Paraben.

Bagi Fa penjagaan rambut sangat penting. Lagi-lagi untuk wanita bertudung sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi. Jangan pulak dah pakai tudung, kita abaikan rambut pulak.

Shampoo pilihan Fa 😎

Itu yang bestnye sebab Safi sentiasa utamakan pengguna. Fa memang addicted sikit kalau jumpa produk yang berasaskan botanical, yela sebab kita tahu produk tu dihasilkan dari bahan semulajadi dan tiada bahan kimia.

Pertama kali Fa jumpa shampoo yang mempunyai campuran Sutera Botanikal dengan formulasi Micellar Silicone Free yang bertindak secara berkesan dalam menghilangkan silikon pada rambut. Rambut Fa terasa lebih ringan dan lebih bermaya. Lagi-lagi dengan bauan yang sangat menyegarkan.


Tiga rumusan utama dalam shampoo ni adalah:

👉Habatus Sauda – Melindungi dan menyuburkan kulit kepala⁣
👉 Minyak Argan – Menjadikan rambut lembut bak sutera dan mudah diurus⁣
👉Minyak Pokok Teh – Membersihkan folikel rambut yang tersumbat⁣

Dan kelebihan shampoo ni, mempunyai 5x hydra theraphy. Haaa mase ni korang shampoo kepala pon boleh fefeling macam dalam saloon rambut. Best kan 🤗 dapat memanjakan rambut daripada akar hingga ke hujung dengan aroma segar dan tahan lama

Kali ni, SAFI keluarkan 4 variasi Botanical Silk Shampoo.

👉 Silky Sheen Care

👉 Hair Fall Rescue

👉 Intense Nourishment

👉Micellar


SAFI Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo ini boleh didapati rangkaian pasaraya terkemuka seperti Watson, Guardian dan banyak lagi dengan harga pasaran RM 22.41 🤗

Korang pon boleh cuba ikot kesesuaian rambut korang. Rugi tak cuba, harga berbaloi dengan hasil yang sangat mengujakan. Pilih lah yang botanical lebih selamat dan terjamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s