Karnival Satu Ringgit Satu Rasa SATU (Jelajah Pertama)

Assalamualaikum semua, dah lama rasanya tak bersiaran kat sini. Selalu kita update kat FB dan IG je.. Allahhhuuu tapi jangan risau, kat sini opkos sis akan update jugak.

Haaa ok ade lagi event menarik untuk bulan Februari ni tau! Haa dah baca tajuk post ke belum? Teruja tak?


Satu Ringgit Satu Rasa seronoknye lah kan kalau semua makanan hanya RM1. Untuk makluman semua karnival ni adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi
rakyat Malaysia. Lebih 100 menu makanan dan kuih tradisi Malaysia akan dijual ye. Banyak tu.. Rambang mata uols nanti.

Buat julung kalinya jelajah karnival ini akan berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Selepas ni dorang akan
menjelajah disemua bandar-bandar utama dinegeri-negeri di Malaysia.

Barisan penggerak bagi karnival ini. Tahniah πŸ€—


Pengunjung dan pelancong akan berpengalaman merasai makanan tradisi Malaysia seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Satay, Roti Canai, Nasi Lemak, Laksa, serta menikmati kesegaran minuman buah-buahan Malaysia seperti Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nanas dengan hanya satu ringgit sahaja bagi setiap makanan yang dipilih.

Ni display makanan sahaja ye. Thats why dorang buat satu pack satu jenis kuih.



Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan juga ye!

Pertandingan gubahan buah-buahan

Pertandingan menarik Teh (Teh Tarik)

Pertandingan mengupas nenas

Dan juga beberapa demontrasi masakan tradisi.

Jom lock tarikh untuk sama-sama memeriahkan karnival ni.

πŸ€ Lokasi – Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala Lumpur

πŸ€ Tarikh – 27 Februari sehingga 1 Mac 2020

πŸ€ Masa – 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Ok jumpa korang kat sana nanti ye, sis pon da tak sabat nak tunggu hari event. Tak sabat nak buat challange RM10. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So stay tune kalau nak tahu apa yang sis makan untuk RM 10 pada hari karnival nanti. Yeahhhhhh I love makan makan hehehhe.

15 Comments Add yours

  1. Seri Wangi says:

    Bestnya dpt rasa masakan malaysia, murah2 plk tu rm1, byk aktiviti dan pertandingan

  2. Sis Lin says:

    Woww menariknya, perbagai aktiviti dan juadah makanan tradisonal dapat di nikmati..kalau yang duk sana dan free, rugi kalau tak join ni…

  3. Ayu rafikah says:

    Menarikla karnival macam ni. Salah satu cara nak promo makanan malaysia

  4. terbaiklah program ni. dapat perkenalkan menu malaysia kepada pelancong dan juga orang tempatan. πŸ™‚

  5. aisyahxyz says:

    bestnya, zaman sekarang mana nak dpt makanan jual RM1. Students suka ni kalau ada macam ni. Hopefully dia buat 1 kat sarawak

  6. Slumberlady says:

    Mernariknya! Kena save the date supaya tak lupa. Satu ringgit satu rasa. Bagus utk mempromosikan makanan tradisional.

  7. Pamela Yeoh says:

    Such a nice karnival. i dah put in my calender must go c c

  8. Rane Chin says:

    wow, Satu Ringgit Satu Rasa campaign is great! We can taste so many different food for only RM 1 saja!

  9. Ummi Zarra says:

    Bestnya datang event matic. Makanan malaysia dengan hg rm1 murah sangat2

  10. Tengkubutang says:

    wowwww Lebih 100 menu makanan dan kuih tradisi Malaysia akan dijual disana? ni yang buat rasa nak serbu karnival camni.. RM1 tu.. ada 100 variasi makanan dan minuman untuk dicuba

  11. miedajaz says:

    bestkan fafa…x sabar nak pergi karnival nie…almaklumlah kak mid nie kuat makan :))

  12. Alia says:

    Wah… Rm1 ja? Memang terbaik la… Kalau nak perkenalkan makanan Malaysia dekat pelancong asing buat dalam small portion rm1 mcm ni ok la kan…

  13. Qiss says:

    Nak join challenge tu jugak lah. RM10. Tengok dapat makan ape kan. Hehehe. Nanti gi sesama nak?

  14. Ruby says:

    Hee. Harap dapat pergi dan join event ni nanti. Banyak variasi makanan yang boleh kita cuba. Ruby pun suka makan-makan Cik Fafa oii. Hahahaha
    Cik Fafa jangan lupa join aktivti pertandingan sekali tu tau πŸ˜‚

  15. Min says:

    Perghh biar betul..RM1 je. Memang berbaloi la kan..leh beli pelbagai so leh rasa sikit2

Leave a Reply to Slumberlady Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s