ACSON lancarkan produk Anti VOC spray pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Simptom selesema dah start balik kat sis. Tak best kan bila hidung tersumbat. Tak selesa betul.

Nasib baiklah baru-baru ni Acson lancarkan produk baru penyembur Anti Volatile Organic Compound (VOC) yang pertama di Malaysia.

So masalah hidung tersumbat pon dapat la dikurangkan sbb kita ada keluaran baru yang sangat awesome ni.

Produk baru ni berfungsi untuk meningkatkan kualiti udara serta menerapkan gaya hidup sihat kepada pengguna.

VOC ni ape?

Haaa VOC ni adalah bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara. Semua ni sebenarnye ada dalam rumah kita tau!

Acson dihasilkan menggunakan teknologi Nano Titanium Dioxide dipatenkan oleh Nanopac Co Ltd dari Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, Acson juga telah melancarkan dua model Aroma Diffuser sempena sambutan ulang tahun ke-35.

Aroma Diffuser dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk aktifkannya. Secara berasingan, Aroma Diffuser Speaker didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai. Kedua-duanya Aroma Diffuser kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh pelancong yang melancong secara santai.
Berapa harga produk baru Acson ni? 😎

Kesemua produk berkenaan akan dijual secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula 23 Oktober hingga 29 Oktober depan.

Sepanjang tempoh promosi itu berlangsung, pembeli yang membuat tempahan awal akan dapat membeli:

❀Acson Anti VOC Spray dengan harga diskaun sebanyak RM 159 sahaja berbanding harga asal RM 209.

❀Aroma Diffuser dan Aroma Diffuser Speaker berharga RM129 (harga asal RM169) dan RM189 (harga asal RM229).

❀Set minyak 3 jenis iaitu lavendar, eucalyptus dan lemongrass boleh didapati dengan harga RM49 (harga asal RM87), setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml.

Untuk keterangan lanjut atau pembelian secara talian boleh terus ke, sila lawati https://acson.com.my.

Tadaa sis suka port ni. Lepas tu bau diffuser yang sangat tenang. Nak satu lah letak kat umah

So semua, Sementara harga pon masih dalam promosi. Jommmmm kita dapatkan produk bar Acson ni cepat! Harga murah sangat dah tu. Boleh beli online boleh jugak beli kat Presto Mall. 😍😍😍

Jom tengok video semasa majlis pelancaran.

https://youtu.be/opAVq6aRrdo