Royal Floria Putrajaya 2019 kembali lagi dengan bertemakan “Mother Of All Gardens”

Assalamualaikum semua,

Sapa pernah pergi Royal Floria Putrajaya (RFP) @ Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya???

Sis memang setiap tahun akan pegi tau! Tahun lepas sis bawak mama sekali. Alhamdulillah mase tu sis menang contest RFP18.

Mama ni memang suka lah kalau tengok bunga ha, walaupun bunga kertas. Paling dia suka bunga orkid.

Haa ni lah gamba kami mase RFP tahun lepas .. Bergambar ngan mama kat rumah tradisional ni

Tahun ni memang lagi istimewa tau sebab RFP2019 edisi ke-11 dah bertukar lokasi baharu iaitu di Taman Botani Putrajaya, Presint 1.

📍 Taman Botani, Presint 1

📆 31 Ogos hingga 8 September 2019

💳 Warganegara Dewasa RM 5
Warganegara Kanak², OKU dan Warga Emas RM 3

💳 Warganegara Asing Dewasa RM 10
Warganegara Asing Kanak², OKU dan Warga Emas RM 6

Apa yang menarik untuk RFP2019? Haa

❤ Bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga- bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk :

🌹 Lebih 500 variasi spesis orkid

🌹 Lebih 100 koleksi bonsai

🌹 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk

❤ 5 buah negara yang sertai festival ini iaitu Singapura, Thailand, Korea, Taiwan, Indonesia.

❤ Tema tahun ni bersesuaian dengan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga merupakan Sultan Pahang.

❤ Bunga orkid yang dinamakan dengan nama Queen Azizah Iskandar, mengambil nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

So sis sempat pegi masa majlis Pra-Pelancaran RFP19 baru baru ni. Masa Pra Pelancaran pon sis dah teruja nak pegi.

Tahun ni harga tiket kaw kaw murah sangat, ao bawak lah semua ahli keluarga datang beramai-ramai ke RFP2019.

Kalau korang taknak beli mase walk in, boleh terus beli secara online di https://ticket.smart.putrajaya.my atau melalui aplikasi Putrajaya Mobile.

Jom tengok sikit video masa pra pelancaran :

Advertisements
%d bloggers like this: