Mr. Tuk Tuk penuhi selera peminat makanan Thailand

“Makan Thai, Lawat Thailand 2019”

Macam pernah dengar je Tuk Tuk , ye…. itu lah nama salah satu  jenis pengangkutan popular di Thailand so daripada nama itu lah terhasilnya Mr Tuk Tuk yang diusahakan sejak 2015.

Wahhhh best kan, dapat makan, dapat lawat pulak tu 🙂 siapalah yang bertuah tu agaknye kan.

Minggu yang sudah sis berkesempatan untuk jemputan Mr Tuk Tuk di cawangan The Starlling Mall. Meriah dengan kawan-kawan blogger sambil merasai masakan Thailand yang semestinya HALAL di sini.

1 -Mr. Ahman (Director of TAT) with Mr. Ken Leong (Founder of Mr Tuk Tuk Malaysia)2 - Mr Ahman, Director of Tourism Authority of Thailand, Malaysia, making his opening speech3 - Mr. Ken Leong, founder of Mr Tuk Tuk, addressing the media4 - (from left to right) Mrs & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn Leong (from Mr Tuk Tuk) and Mr Ahman & Ms Sirinthara (from TAT)

Memang nak sangat melancong ke Thailand lagi tau, dulu pernah pegi tadi takde la sis discover semua. kalau menang kempen ni pon dah cukup seronok 🙂

haa korang, ade tempat pelancongan baru ye kat Thailand, kalau dah sampai ke sana mesti la nk jadi orang pertama yang rasmi kannn, orang lain x pernah pegi lagi, baik kita g dulu 🙂

  1. Chiang Rai-Boon Rawd FarmBoon Rawd Field or Singha Park, Chiang Rai
  2. Prachuap Khiri Khan-Vana Nava Hua Hin Water Park10-New attraction -Prachuap Khiri Khan-Vana Hua Hin Water Park

Kempen apa?

Imej mungkin mengandungi: teks

haaa

Kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”, yang bermula dari 20 Mac hingga 30 April
ini, adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia.
Restoran tersebut akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sempena kempen. Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Mr Tuk Tuk mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan halal Thai yang sedap dan berkualiti. Setiap sajian telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.

Setiap pembelanjaan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan, antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam; lima beg bagasi; 10 beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Sis dah cuba, seriussss memang sedap dan korang akan feeeeeelllll macam kat Thailand 🙂

apa menu baru tu?

A - New dishes at Mr. Tuk Tuk

E - Thai Fresh Oyster with Lime Sauce

Thai Fresh Oyster with Lime Sauce

B - Thai Seafood Otak-Otak

Thai Seafood Otak-Otak

C - Fried Tofu with Basil Leaves

Fried Tofu with Basil Leaves

F - Thai Prawn Salad with Lemongrass

Thai Prawn Salad with Lemon grass

Kami sampai aje, terus di hidangkan air yang sangat menghilangkan haus anak tekak 🙂

D -Thai Ice Lemongrass tea with crispy water chestnut pearls

Thai Ice Lemongrass tea with crispy waterchestnut pearls

6 - Everyone busy posting on social media

chillax with blogger fiends 🙂

 

So kepada sesiapa yang nak merasai sendiri kelazatan menu Thailand boleh lah ke cawangan Mr Tuk Tuk 🙂

  • Setia City Mall
  • The Starling Mall
  • Gamuda Walk
  • The Gardens
  • Sunway Piramid
  • Sunway Velocity
  • Empire City
  • NU Sentral

Cawangan Ke-8 akan di buka di IOI City Mall

Untuk lebih lanjut korang boleh ke ”

FB: https://www.facebook.com/mrtuktukmy/

 

Stadium bakal meraung kerana kemunculan Brian McFadden dalam konsert Boyzone terima kasih dan selamat tinggal kepada peminat Malaysia

FB_IMG_1559160487998Wowstar Creative Entertainment menganjur Konsert terakhir Boyzone “Thank you and Goodnight Farewell” bersama artis jemputan Brian McFadden yang merupaka bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu.

 

Konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” akan berlangsung pada 14 Jun 2019 (Jumaat) di Malawati Stadium, Shah Alam.

Siapa Brian McFadden?

Brian McFADDEN

 

McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.

Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.”

Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka.

Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.”

Menurut laman web tur, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Late Show”, anda mungkin akan memeranjat juga.”

Boyzone menikmati kejayaan melalui kejaya mereka.

Tambahan mereka: “Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia, mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami di sepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.”

Dapatkan tiket anda di dalam pautan di bawah:

https://airasiaredtix.com/boyzone2019

 

Kadar harga bermula dari RM 198 CAT3, RM 438 CAT2, RM 588 CAT1 dan RM 688 VIP.

Screenshot_20190530_071047

Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran.

Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK kami:

https://www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/

So, insyaAllahhhhh Fafa akan ke sini bersama suami saya Faris Izwan 💞 korang cepat cepat dapatkan tiket okay. Kang jadi macam tiket Westlife, menangis kat bucu katil lagi.

Safi Expert Solution, Kecil Tapi Bermanfaat

Bak kata orang, kecil-kecil cili padi kan… Penangan Safi Expert Solution keluaran baru Safi Malaysia sememangnya tidak menghampakan.

Kali ini produk baru ni memang sesuai bagi sis yang suka kan outdoor sport, plus suka picit jerawat. hahahhahaha Seksanya nak hilangkan dark spot kat pipi (kesan picit jerawat) ni nak hilang. Mujur ada Safi Expert Solution.

IMG_20190304_220932

Safi Expert Solution

CLINICALLY PROVEN- Lighten dark spot in just 2 weeks

Wowwwww sangat kan!

Paling best Safi kekalkan produknya dengan :

NO Mineral Oil

NO Alcohol

NO Silicone

NO Paraben

NO Animal Testing

*part ni paling best jugak* sebab sis memang penggemar barang kecantikan tanpa barang terlarang itu.

Safi Expert Solution di datangkan dalam kotak kombinasi warna rose gold dan hitam. Memang nampak elegan.

Dalam kotak ni ade 2 set Ampoules 1 dan 1 Ampoules 2

Diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology yang efektif memudarkan age spot, UV spot serta kesan jerawat dan seterusnya menjadikan kulit lebih anjal, cerah & sekata.
Langkah penggunaan:
1- Sapukan Ampoules 1 sehingga menyerap sepenuhnya di muka
2- Sapukan Ampoules 2 dengan cara sapuan keatas.
Cadangan Pemakaian:
Safi Expert Solution ini adalah Intensive Ampoules untuk penggunaan selama sebulan secara konsisten.
Selepas penggunaan selama sebulan, pengguna boleh teruskan dengan menggunakan Safi Rania Gold Youthful Elixr untuk kekalkan muka toink toink 🙂
Penggunaan pagi: adalah dicadangkan digunakan bersama Safi Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR

 Gambar sebelum dan selepas penggunaan selama seminggu 🙂

pergi hiking pon muka tak payah pakai mekap haaa… Natural je skin tone pon dah bertukar 🙂 Alhamdulillah

 

Sis memang suka outdoor sport kan, so sekarang krim Bio Skin Moisturaiser Anti Photo Ageing Lines ni menjadi teman sis apabila melakukan aktiviti luar.

IMG_20190302_124049

tadaaaa sis bawak dan jadikan krim ni sebagai sunblock juga 🙂

Sis bawak krim ni sampai ke air terjun tingkat 7 tau. Gunung Nuang via Janda Baik 🙂

 

Apa pulak kelebihan nye?

“Filter more 90% of UV rays, free radicals & Pollutants”

Anti Photo Ageing Lines yup tu funsi utama krim ni. Sebenarnya krim ini di formulasikan dengan Amino Peptides untuk meningkatkan lagi kecantikan kulit dan mengurangkan kedutan di muka.

Kombinasi set Ampoules dan Bio Skin Moisturaiser Anti Photo Ageing Lines sangat berkesan dan bermanfaat bagi sis 🙂 Loveeee safi.

Tapi nak dapat kan kat manaa?

Jangan risau  WATSON kan ada 🙂

#safiexpertsolutionmediasosial  #safiexpertsolutionsocialmedia #safimalaysia #beautyblogger

Lunch di BBQ Lamb KL Kemensah bersama kumpulan U

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejak kaki lagi ke BBQ Lamb KL Kemensah 🙂 kali ni ade meet & greet dengan kumpulan UKAYS. Kalau korang nak tahu kumpulan ni kumpulan yang dah lama ada di dalam industri musik.

Alahmdulillah bersama dengan geng Propa Rangers gitew, Thanks Otomen dan Kak Leya kerana bagi peluang untuk sama-sama menjamu selera dan beramah mesra dengan kumpulan UKAYS.

Otai-otai memang kenal lah kalau sebut UKAYS.

Kumpulan UKAYS jugak dah keluarkan lagu baru dorang, haa korang kene dengar tau…. Terpaksaku Lepaskan , I love You, I Miss You. Kompem lagu tu korang akan teringat-ingat tau hahaha. sebab kiteorang aritu pon sampai sekarang otometik akan nyanyi lagu I Love You, I Miss You sebab lagu ni rancak sikit hehehe.

Jom kita tengok gambar pulak 🙂

Sediakan tisu untuk lap air liur yang menitik ehhehe

 

20181229_192152_0001 (1)

ini itik tau, untuk komen yang ni : daging itik ni sangat juicy, lembutttt ya Allah sedap

 

20181229_192458_0001

ini lah dia pekerja BBQ Lamb KL Kemensah, siap bertopi koboi dan jersi masing masing. hhehhehe senang dari jauh orang dah nampak.

Pada sis, bab ni penting, pernah sis singgah kedai yang tak selarikan pemakaian pekerja ni, sampai sis terkeliru mana satu staff n pelanggan. hehehhe.. Adik adik yang kat sini pon muda muda je… Sis doakan semua bakal menjadi usahawan berjaya macam bos mereka.

Terinspirasi la kata kan haaa.

20181229_192631_0001 (1)

bergambar dengan big boss and his wife 🙂 dorang sangat sporting, sempoi

20181229_192834_0001 (1)

haa ade empat jenis dalam satu dulang : daging, ayam, kambing dan itik

20181229_211104_0001 (1)

bersama abam-abam UKAYS

20181229_211135_0001

gerenti sedap (dah thumbs up) heee

20181229_211200_0001

bersama team propa rangers .. makan kenyang-kenyang yeee

20181229_211306_0001 (1)

siap untuk di hidang dalam dulang ye, menu nye mengamcam

20181229_214130_0001

korang boleh rujuk gambar ni ye. waktu operasi BBQ Lamb KL Kemensah

Kat BBQ Lamb KL Kemensah ni, macam macam menu ada! sekarang dah masok 2019 kan? BBQ Lamb KL Kemensah keluarkan menu baru hehehhehe.

Ni gamba menu yang sedia ada ye, yang baru belum masokkan dalam menu lagi  🙂

kalau nak tahu, nak try yang terbaru kene la datang !

IMG_20181229_134445IMG_20181229_134448

IMG_20181229_134452

untuk Vege pon ade 🙂 tak payah susah susah nak cari tempat lain. Kat sini ade.

IMG_20181229_134455

IMG_20181229_134500

kalau nak deting berdua, yang ini sesuai 🙂

 

Ok sebarang maklumat lanjut atau promosi atau waktu operasi korang boleh la terus ke FB : BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah

Waze : “BBQ Kemensah”

WebsiteFB BBQ Lamb KL Kemensah

Tempahan : 012-2114100

 

Ok tak habis lagi ye, kalau korang nak tahu berita berita panas dan terkini korang boleh follow http://www.proparangers.com  🙂

 

#bbqlambklkemensah #bbq #kemensah #selangor #klfood #blogger #foodblogger #proparangers #propa #mediaonline

Hello 2019

design-3462512_960_720Assalamualaikum and Hello 2019,

Alhamdulillah kita pon dah berganjak ke tahun yang baru, hari ni hari ketiga bagi tahun 2019.

Sis bersyukur dengan apa yang sis lalui tahun lalu, insyaAllah untuk 2019 sis akan lebih proaktif, bersedia dan memberikan komitmen yang terbaik dalam kerjaya mahupun dalam kehidupan harian.

Banyak kenangan indah bersama, yang pahit itu kita lupakan aje. Apa yang penting kita kene sentiasa kedepan dan maju tanpa menoleh kebelakang. Satu yang sis sentiasa harapkan bila sampai tahun baru, sis berharap sis akan jadi orang yang lebih baik daripada tahun yang lalu. Ini sebenarnye indikator diri “sentiasa jadi yang lebih baik” mungkin kita tak nampak sangat, tapi kita sendiri yang menilai diri sejauh mana kita bawa.

InsyaAllah tahun 2019 ini, sis juga akan berubah title heee.. Syukur dengan kurniaan ini, Ya Allah engkau permudahkanlah urusan hamba mu ini ya Allah, Engkau jadikanlah rumah tangga yang bakal di bina ini menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah dan Warahmah. Sesungguhnya aku mahu kehidupan kami lebih dekat dengan Mu.

Bila sampai tahun baru jugak ramai yang tanam azam siap siap kan ? hahahha sis??? haa azam tepi sis, SIS NAK KURUS 😛 hahhahaha

Walaupun ada orang kata, ” ko kurus lah, ape lak gemuk!” Sis gemuk sis je rasa dia macam mana tau hahhahaha. Paling down sekejap aritu peha kanan n peha kiri dah boleh berlaga.. dari situ lah timbul nye azam tepi ni hahahhaha.

Almaklumlah, dulu sis ni keding je, mase zaman belajar… nak kurusss nak kurusss.. dah keje ni, berdesuppppp naik. bayangkan berat 48 terus naik ke 51…. sekarang punye berat sis tak menimbang lagi.. takot nye lah nak serah diri hahahahha.

Azam tepi satu lagi, sis nak cari keje tetap. InsyaAllah.

Ok la da malas nak menaip banyak sangat, Sis doakan untuk semua kenalan sis, semoga murah rezeki, panjang umur, diberikan kesihatan yang baik. insyaAllah.

240_F_178386875_8oBiLi0ifN2KS0QHuzmF5ZTgymu6jFmiucapan-selamat-tahun-baru-2019-cocok-untuk-update-status